APA ITU HTML?
ANDA mesti pernah mendengarnya walaupun sekali di dalam hidup anda, lagi-lagi jika anda membaca mengenainya atau cuba membina laman web sendiri. HTML memang tidak dapat dipisahkan daripada laman web kerana ia adalah asas utama kepada sebuah laman web.
Soalnya di sini, apakah itu HTML?
v HTML singkatan dari Hyper Text Markup Language adalah file teks atau file ASCII yang berisi instruksi/script kepada web browser untuk menampilkan suatu tampilan grafik dari sebuah halaman web dan merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web. Bukan suatu bahasa pengaturcaraan seperti c, c++ atau Pascal. Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen. Didalam file HTML terdapat beberapa "tag" atau kod –kod yang difahami dan diterjemahkan oleh web browser atau pelayar web dan dapat ianya akan menampilkannya di layar monitor.
v File HTML dapat dibuat dengan aplikasi text editor apapun di sistem operasi apapun, antara lain : Notepad di Windows, emasc atau vi di Unix atau SimpleText di Macintosh. File HTML ini juga dapat dibuat di aplikasi word processor asalkan saat menyimpan file tersebut disimpan dengan format text-only.
v Salah satu kelebihan file HTML adalah cross platform, di mana file HTML dapat ditampilkan di beberapa Operating System (OS) yang berbeda dan memiliki tampilan yang sama walaupun waktu cara pembuatannya menggunakan satu OS tertentu saja.
BAGAIMANA HTML BERFUNGSI?
v Seperti yang anda tahu, File HTML berada di dalam Server dan tugas Server ialah memastikan File-File laman web yang mengandungi kod-kod HTML berfungsi dengan baik. Laman web yang mengandungi kod-kod HTML tadi sebenarnya adalah bahasa yang difahami oleh Browser. Kod-kod (dipanggil juga sebagai tag) seperti <HTML>, <TABLE>, <BODY> dan banyak lagi adalah sebuah bahasa yang difahami oleh Browser seperti Internet Explorer, Chrome, Firefox, Safari, Opera dan lain-lain pelayar. Jadi, untuk menghasilkan laman web yang lengkap dan ‘cantik’, kita tetap perlu menghasilkan laman web itu dalam bentuk HTML agar Browser (seperti Firefox, Internet Explorer, dan lain-lain) ‘faham’ apa yang perlu dilakukan. Sebab itulah HTML dipanggil sebagai sebuah ‘bahasa’ iaitu bahasa yang difahami oleh Server dan Browser.
v Secara mudah, ini adalah proses sebelum sesebuah laman web dijana:
v Server (Kod HTML) -> Browser -> Laman Web Dipaparkan
v Pengguna Internet (pelawat laman web) akan menggunakan Browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox untuk melawati sesebuah laman web. Apabila URL laman web ditaip, Browser sebenarnya akan melakukan ‘request’ kepada Server di mana laman web itu berada.Kemudian, Server akan membalas ‘request’ itu dan Browser laman web akan mula mengakses laman web tersebut. Mengakses di sini bermaksud Browser mendownload kod-kod HTML laman web tadi ke komputer yang anda gunakan dan menterjemahkan kod tersebut kepada sebuah laman web yang difahami dan boleh dilayari